Saturday 3 May 2014

Rakan Cop

Untuk Menjadi Ahli RAKAN COP
Pendaftaran Melalui SMS Sila Taip

POLISKN <> DAFTAR <> NAMA SAMARAN
dan 
HANTAR ke


32728

SMSkan Maklumat Anda:
Poliskn <jarak> Aduan
hantarkan ke 
32728


POLIS DAN MASYARAKAT BERSATU BANTERAS JENAYAH

Hubungi

IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN
15990 KOTA BHARU
KELANTAN

IPK: 09-7455622
FAX IPK: 09-7440022
EMEL: ipk-Kel@rmp.gov.my

Gerakan IPK -> 09 745 5555
IPD Kota Bharu -> 09 775 2200
IPD Pasir Mas -> 09 793 2222
IPD Tumpat -> 09 725 7222

Monday 28 April 2014

Lagu Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)


Lagu
Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung Rukun Negara
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di Mana Kami Berada
Kami tetap Tunaikan Amanah, Tanggungjawab
Yang Diberi
Bermoral Beretika

Walau Di mana Kami Berada
Kami Tetap Tunaikan Amanah, Tanggunjawab 
Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O     MARI CEGAH JENAYAH 
Semua Hindari Bersama 
Mari Perangi jenayah 
Tanggungjawab Kita Semua

MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS………….   AMAN MERDEKA ………….!


LAGU : HUSSEIN HAJI USIH
LIRIK: HUSSEIN HAJI USIH & ARIFA HAJI KURAGA
     SUSUNAN MUZIK HUSSEIN HAJI USIH & YAMAHA MUSIC SCHOOL



Ikrar Ahli KPJ


Kami,
Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,
Malaysia
Berikrar,
Bahawa Kami Akan Berusaha,
Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi,
Peraturan dan Perlembagaan Kelab,
Peraturan Sekolah dan
Undang-undang negara
Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab dan Sekolah,
Berlandaskan,
Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama,
Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan Kelab dan,
Taat dan Patuh Kepada Peraturan Sekolah,
Kami Berjanji,
Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli Yang Berketerampilan,
Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, amanah,
Dan adil Dalam Melaksanakan Tanggujawab.
Kami Berjanji,
Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk,
Mencegah, Menghindari dan Memerangi Jenayah,
Demi Untuk Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia.

Aktiviti Mingguan

AKTIVITI MINGGUAN

Minggu 1   - Mesyuarat agung.
Minggu 2   - Pelantikan AJK KPJ baru.
Minggu 3   - Merancang aktiviti dan program tahunan KPJ.
Minggu 4   - Mencari dan mengumpul maklumat berkaitan salah laku pelajar sekolah drp internet.
Minggu 5   - Tugasan Kumpulan (Kepilkan fail berkaitan salah laku ke emel).

Group A - Buli
Group B - Bergaduh
Group C - Ponteng sekolah
Group D - Merokok
Group E - Menconteng (Vandalisme)

Aktiviti Tahunan

Perancangan Aktiviti Tahunan KPJ 2014


1. Melukis poster KPJ.

2. Mencipta logo KPJ.

3. Mencari & mengumpul informasi berkaitan salah laku pelajar sekolah dalam internet.

4. Wujudkan blog KPJ SMKKB.

5. Mempamerkan gaya, kekemasan, dan penampilan diri yang baik dan memuaskan.

Ahli-ahli Eksekutif KPJ


Penaung:
Pn. Hjh. Fauziah Bt. Mohamed (Pengetua)

Guru Penasihat:
Pn. Noor Hashimah Bt. Abd. Ghani
En. Wan Mohd Raifuddin B. Wan Man

AJK Kelab
Pengerusi:
Wan Muhammad Aidil B. Wan Masfithri Hassim (5 Cekal)
Naib pengerusi:
Siti Nurul Afifah Bt. Mohd Shamsuri (5 Dedikasi)
Setiausaha:
Rozaini Amira Bt. Roslan (5 Dedikasi)
Penolong setiausaha:
Nik Arash B. Ariff (1 Ehsan)
Bendahari:
Hasmimi Husni Bt. Hassan (5 Dedikasi)
Penolong Bendahari:
Mimi Nadia Bt. Ruslim (5 Dedikasi)
AJK:
Muhammad Afiq Danial B. Osman Ali (1 Dedikasi)
Siti Aishah Bt. Osman (2 Ehsan)
Muhammad Ridzuan B. Amran (3 Amanah)
Muhamad Lokman B. Zakaria (4 Bestari)
Nur Sarah Bt. Mohd Samsuri (5 Dedikasi)

Sunday 27 April 2014

Intro - Kelab Pencegahan Jenayah SMK Kota Bharu

Latar Belakang

Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) SMK Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 2012.



Matlamat Penubuhan KPJ

1-  Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

2- Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.


3- Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.